Filem Malbatt Misi Bakara yang menelan kos RM20 juta bakal membawa standard baharu dalam industri perfileman tanah air.<br /><br />Pengarahnya, Adrian Teh mengakui selain penggambaran di Turkiye selama tujuh minggu yang memakan kos tinggi, faktor mahu menceritakan kisah sebenar turut menjadi penyebab filem itu menelan belanja yang besar.
